Monday, April 19, 2010

Malam



Sebuah lagu lama! Oh,kau power! Ketika itu aku hanya berumur 13 tahun,terdetik hati untuk dengar alunanmu.Sungguh terpukau,menarik perhatian aku.Macam mana kau boleh jadi begitu hebat? Jujurnya,kebosanan tidak akan aku rasa kalau bersama khayalan kau.Sudah 20 tahun aku kumpul,duit,pengalaman dan akhirnya menyaksikan kau live.Tidak terkata! Kalau aku dilahirkan dalam golongan elit,akan aku panggil kau dan ekspreskan kehebatan kau secara personal hanya untuk aku dan pelangiku.Cakap kosong hanya aku boleh.Nak tahu sesuatu? MALAM memang indah.Hayatilah MALAM sekerap yang boleh! Sebab apa?

KAU TAHU JAWAPANNYA

Monday, April 12, 2010

Guadalupe


Oh,Brandon Flowers! Kenapa dengan dia? Kenapa bukan beliau? HAHA.Dia hanyalah seorang makhluk biasa sahaja.Namun,setiap apa yang dia cipta membuatkan aku terbang sendirian tanpa memikirkan persekitaran.Iramanya bagai dirasuk syaitan dan boleh mengundang histeria.Hebat sangat ke dia? Pendapat aku,dia hebat dalam apa yang dia lakukan.Kalau Encik Bunga faham Bahasa Melayu,bacalah luahan aku tentang kau.Malaysia,Malaysia buatlah sesuatu supaya dia terbuka hati untuk mengekspresikan karyanya kepada kita.Nak hayati keagungan dia? Aku bagi cadangan serta terpulang kepada kau nak mengemukakan tafsiran sendiri tentang dia.

*When You Were You
*This River Is wild
*Why Don't You Findout For Yourself
*A white Demon Love Song

dan banyak lagi.Dengar keempat-empat anaknya,juga yang bukan anaknya


BERHANTU HANTU!

Friday, April 9, 2010

Ketinggian



Aku memang pendek,Tak dapat dinafikan lagi.Selalu sangat ketinggian aku menjadi topik perbualan masyarakat.Kadang-kadang aku pekakkan telinga,namun hati masih terasa.Penasihat aku selalu bertindak sedemikian dengan mengutuk ketinggian aku.Tidak aku ambil peduli.Sayang kau punya pasal,aku telan kritikan ikhlas kau.

'' Shaa,larat ke kau kayuh basikal? Kaki kau sampai ke nak naik basikal? Agak-agak basikal bawak kau,atau kau bawak basikal? Kau boleh tinggi lagi ke? Kenapa kau pendek? Kau form 2 ek Shaa? Kau macam budak-budak! ''


Meh sini aku nak bagitahu.Gigi bongsu aku dah tumbuh.Setahu aku kalau dah tumbuh,aku memang dah tak boleh tinggi lagi.Rezeki ALLAH ada di mana-mana tanpa kira status,pangkat,mobiliti sosial seseorang.Walaupun aku pendek,sebahagian impian aku,aku berjaya dapatkan.Kau ada? Siapa yang bercakap tentang aku,mereka prihatin terhadap aku.Terima kasih daun keladi,imaginasi aku semakin menjadi-jadi!





Warna kehidupan



Permulaan yang baharu! Konsep lain dari yang sebelumnya.Ok,tujuan utama aku menukar konsep,sejujurnya aku malas nak edit gambar dan sebagainya.Sangat leceh! Dulu aku tak ada masa,sekarang ada banyak masa dan aku masih beranggapan edit gambar dan sebagainya menyusahkan aku.Satu dua,ok la! Jadi konsep blog sekarang,biar jari jemari tekan apa sahaja yang mereka rasa.

Jelly Bean-Kenapa ia? Sebab ia bewarna-warni,sedap dimakan,menarik untuk dikunyah,berisiko tinggi untuk tubuh badan! Jadi aku masih menyukainya walaupun harganya kurang memberangsangkan.Hidup seperti Jelly Bean.Ada bermacam-macam warna,rasa.Ekspresi wajah ketika makan? Ianya menggambarkan kehidupan.Tanpa ia,muka totally flat bar!




*harap-harap jari jemari akan jadi lebih kreatif lepas ni