Sunday, September 5, 2010

Salam Aidilfitri


Hai,kita berjumpa lagi setelah sekian lama tidak berkomunikasi.Haish,tak tahulah nak kata apa di sini kerana sekarang semua dalam keadaan mood nak raya.Betul tak? Bagus tu! Aku sebagai anak perantauan KL dan Terengganu,akhirnya pulang ke Kuala Lumpur.Maaf,tahun ni hanya beraya di Kuala Lumpur kerana abang kesayangan kena kerja pada hari raya.Weyh,tahniah abang! Jadi Shaa,apa plan untuk raya tahun ni? Hm,baju kurung dah siap.Baju jalan tak beli lagi sebab tak ada bajet tapi dah dapat baju kemeja SEED,terima kasih Cacing! (Kira baju raya jugalah tu)

Dah nak raya kan? Kalau waktu raya,semua minta maaf.Jadi,aku akan listkan nama-nama yang aku pernah buat jahat,mulut longkang dan sebagainya! Ok,setel?

*Syafinaz Ibrahim/Peanut - I minta maaf,I memang jerks! Semoga dan berharap you maafkan I atas apa yang I dah buat.Sejujurnya,I miss you! Tapi,tak apalah,sebab I guess you dah lupakan buat selamanya.Doa you termakbul,jadi maafkan I.

*Muiz Mutalib - Ok,aku minta maaf juga! Nanti waktu malam raya,aku minta maaf lagi.Insyaallah,aku ingat! Maafkan atas apa yang aku dah buat.Yes,kita semua dah berubah dan kau tahu apa maksud aku.Semoga kau gembira dengan kehidupan,kawan-kawan kau.Doa aku untuk kau juga termakbul.Begitu juga dengan kau! Alhamdulillah,kau sihat.Semoga kehidupan kau dengan dia lebih baik tanpa kehadiran aku.

*Farah Aqilah Saiful Munir - Fine,I ingat nama penuh you,tahu tak? Haha,you memang kawan sehidup semati,sehati sejiwa.I mati,you sakit jiwa! Farah,Shaa minta maaf sebab Shaa banyak buat salah dengan Farah.Yes,memang banyak dan Shaa akui! Tapi ALLAH masih berkati persahabatan kita dan sampai sekarang kita masih bersahabat.Ye Farah,kita selalu menang bersama,nangis bersama,mengumpat bersama.Shaa raya KL tahun ni.Hang balik kampung ke? Nanti insyaallah Shaa datang rumah Farah ye. XOXO!


Weyh,tak laratlah aku nak listkan nama semua orang.Haha,sesiapa yang tak ada dalam list ni,jangan risau! Aku hantar mesej nanti.Insyaallah!

Sunday, August 8, 2010

Ketam Lada Hitam

Sebentar,apa kena mengena ketam lada hitam dengan kehidupan ini? Pertama-tama sebab ia makanan.Memang sedap la ceritanya! Jadi,aku suka dan sangat suka.Aku masih ingat,di tepi laut,bertempat di Stulang,Johor.Sedap sungguh ketam lada hitam di sana dan aku pasti aku masih ingat lagu rasanya menerusi pancaindera aku ini.Bukan ketam yang ingin aku tekankan,tapi tentang kehidupan di sini.

Tidak sampai dua bulan aku berada di pulau ini,terasa bosan sudah menyelibungi diriku.Aku hanya mampu berharap Si Hawa dan BMW nya untuk bawa aku berjalan di sekitar pulau.Jikalau Si Hawa tiada,kenderaan lain tetap juga aku gunakan.Bilik makin lama makin suram,dewan kuliah pun sebegitu.Aku jadi pelik dan hairan,bagaimana manusia mampu skor dalam kehidupan menara ilmu? Kau bayangkan kalau 1 kelas mempunyai anggaran dalam 30 hingga 200 orang.Fokus yang kau harapkan? Memang tidak! Memikirkan Sains Politik yang aku ambil tu,wah terasa nafas semakin singkat setiap hari Rabu.Macam mana tu?

Aku sangat faham dan mengerti kalau ada siapa antara kalangan kita yang 'mengulang'.Aku tidak pandang rendah,malah aku kagum semangat yang kau ada untuk buat benda yang sama balik.Aku mengerti kau ada masalah sendiri yang menyebabkan kau tersepit dalam keadaan itu.Begitu juga dengan siapa mendapat F untuk mana-mana kertas.Weyh,kau ingat senang apa nak pass? Cuba kau berada di situasi yang aku cakapkan tentang keadaan pelajar dalam 1 kelas,perangai kepala masing-masing,godaan dunia kawan-kawan lagi,kewangan semakin menipis pula.Fokus mana kau nak cari? Hah,bayanglah!

Friday, August 6, 2010

Nesvita


Terjaga dari tidur akibat kekejangan dan kesakitan otot yang melampau,menghirup udara segar dan dingin ditemani dengan air hujan pagi.Wuahh,indahnya dunia jikalau sentiasa begini.Bulan puasa akan menjelma.Pertama kali pengalaman berpuasa tanpa keluarga dan kasih.Cukup mencabar,dan tabah aku harapkan! Nesvita di pagi hari,nikmat sungguh.Lepas ni,Nesvita untuk sahur pula.Agak keliru,kerja berlambak dan tak reti untuk mulakan di mana.Otot makin membentuk,wuahh! Gagah pula seperti jejakan maskulin idaman.Kulit semakin hitam,Nur mungkin semakin tiada ditenggelami dengan warna kulit kini.Haha!

Wednesday, July 28, 2010

Terus berlagu

Ohh,gembira rasanya dapat tahu pelangi lama sihat dan gembira.Kau gembira bukan? Tak apalah,yang penting aku dah tiada dalam fikiran kau untuk kau fikirkan.Terima kasih! Mengenali kau lebih dari mencukupi.Bersyukur pada yang SATU kerana kau sentiasa mampu menyedut dan menghembus udara segar.Bertengkar,bergaduh,baik,bertumbuk.Aku jatuhkan ego dan maruah untuk kau.Syukur TUHAN! Kau masih lagi tidak turunkan wahyu untuk aku buang gambar dia dia bilik.Aku tersenyum,merindui! ;)