Sunday, September 5, 2010

Salam Aidilfitri


Hai,kita berjumpa lagi setelah sekian lama tidak berkomunikasi.Haish,tak tahulah nak kata apa di sini kerana sekarang semua dalam keadaan mood nak raya.Betul tak? Bagus tu! Aku sebagai anak perantauan KL dan Terengganu,akhirnya pulang ke Kuala Lumpur.Maaf,tahun ni hanya beraya di Kuala Lumpur kerana abang kesayangan kena kerja pada hari raya.Weyh,tahniah abang! Jadi Shaa,apa plan untuk raya tahun ni? Hm,baju kurung dah siap.Baju jalan tak beli lagi sebab tak ada bajet tapi dah dapat baju kemeja SEED,terima kasih Cacing! (Kira baju raya jugalah tu)

Dah nak raya kan? Kalau waktu raya,semua minta maaf.Jadi,aku akan listkan nama-nama yang aku pernah buat jahat,mulut longkang dan sebagainya! Ok,setel?

*Syafinaz Ibrahim/Peanut - I minta maaf,I memang jerks! Semoga dan berharap you maafkan I atas apa yang I dah buat.Sejujurnya,I miss you! Tapi,tak apalah,sebab I guess you dah lupakan buat selamanya.Doa you termakbul,jadi maafkan I.

*Muiz Mutalib - Ok,aku minta maaf juga! Nanti waktu malam raya,aku minta maaf lagi.Insyaallah,aku ingat! Maafkan atas apa yang aku dah buat.Yes,kita semua dah berubah dan kau tahu apa maksud aku.Semoga kau gembira dengan kehidupan,kawan-kawan kau.Doa aku untuk kau juga termakbul.Begitu juga dengan kau! Alhamdulillah,kau sihat.Semoga kehidupan kau dengan dia lebih baik tanpa kehadiran aku.

*Farah Aqilah Saiful Munir - Fine,I ingat nama penuh you,tahu tak? Haha,you memang kawan sehidup semati,sehati sejiwa.I mati,you sakit jiwa! Farah,Shaa minta maaf sebab Shaa banyak buat salah dengan Farah.Yes,memang banyak dan Shaa akui! Tapi ALLAH masih berkati persahabatan kita dan sampai sekarang kita masih bersahabat.Ye Farah,kita selalu menang bersama,nangis bersama,mengumpat bersama.Shaa raya KL tahun ni.Hang balik kampung ke? Nanti insyaallah Shaa datang rumah Farah ye. XOXO!


Weyh,tak laratlah aku nak listkan nama semua orang.Haha,sesiapa yang tak ada dalam list ni,jangan risau! Aku hantar mesej nanti.Insyaallah!

No comments: