Sunday, August 8, 2010

Ketam Lada Hitam

Sebentar,apa kena mengena ketam lada hitam dengan kehidupan ini? Pertama-tama sebab ia makanan.Memang sedap la ceritanya! Jadi,aku suka dan sangat suka.Aku masih ingat,di tepi laut,bertempat di Stulang,Johor.Sedap sungguh ketam lada hitam di sana dan aku pasti aku masih ingat lagu rasanya menerusi pancaindera aku ini.Bukan ketam yang ingin aku tekankan,tapi tentang kehidupan di sini.

Tidak sampai dua bulan aku berada di pulau ini,terasa bosan sudah menyelibungi diriku.Aku hanya mampu berharap Si Hawa dan BMW nya untuk bawa aku berjalan di sekitar pulau.Jikalau Si Hawa tiada,kenderaan lain tetap juga aku gunakan.Bilik makin lama makin suram,dewan kuliah pun sebegitu.Aku jadi pelik dan hairan,bagaimana manusia mampu skor dalam kehidupan menara ilmu? Kau bayangkan kalau 1 kelas mempunyai anggaran dalam 30 hingga 200 orang.Fokus yang kau harapkan? Memang tidak! Memikirkan Sains Politik yang aku ambil tu,wah terasa nafas semakin singkat setiap hari Rabu.Macam mana tu?

Aku sangat faham dan mengerti kalau ada siapa antara kalangan kita yang 'mengulang'.Aku tidak pandang rendah,malah aku kagum semangat yang kau ada untuk buat benda yang sama balik.Aku mengerti kau ada masalah sendiri yang menyebabkan kau tersepit dalam keadaan itu.Begitu juga dengan siapa mendapat F untuk mana-mana kertas.Weyh,kau ingat senang apa nak pass? Cuba kau berada di situasi yang aku cakapkan tentang keadaan pelajar dalam 1 kelas,perangai kepala masing-masing,godaan dunia kawan-kawan lagi,kewangan semakin menipis pula.Fokus mana kau nak cari? Hah,bayanglah!

No comments: