Hah,aku dah boleh tarik nafas yang paling panjang.Syukur,semuanya selamat.Mari,kita buka buku barharu.Buku bersama kehidupan yang lebih mencabar.Kau dah tak ada,kau pun! Suka? Tidak! Tapi kena kuat.Itu yang penting.Kalau sesiapa yang membaca ni,tolong sampaikan apa-apa salam kepada burung merpati.Ok? Kan seronok kalau manusia tidak membuat apa-apa kesalahan.Kegembiraan akan terpancar sahaja dia muka masing-masing buat selama-lamanya.Dan mungkin hal sekarang ini tidak akan berlaku.Maaf,aku tak sekuat yang kau sangka,tak sehebat yang kau idamkan.Doa aku untuk kau,semoga berjaya!
Saturday, June 19, 2010
Tuesday, June 1, 2010
Sunday, May 30, 2010
Menanti

Salam 1 Malysia.Ohh,tolong! Penat aku menunggu.Tidak sanggup.Bantulah aku wahai insan dan masyarkat.Percepatkan masa boleh atau tidak? Penyeksaan ini terlalu pedih untuk dihadapi oleh sesiapa sahaja.Setakat ni boleh tarik nafas lega.Tapi bukan sepenuhnya.Aku masih lagi sesak nafas dan oksigen makin lama makin berkurangan.Kalau lepak dengan aku,aku kerap kali menguap.Jawapan yang akan keluar dari mulut aku ialah 'Tak cukup oksigen'. Yeah,memang betul! Tentang masa depan,kebahagiaan,persahabatan.Penat dan menyakitkan minda.Apatah lagi fizikal ini.
Friday, May 28, 2010
Ketagih

Ahhh,saya mula mengidam makanan bukan buatan Malaysia ni.Nampak macam senang untuk dilakukan.Maaf,sejujurnya aku tiada ilmu masak-memasak apatah lagi diploma mahupun ijazah seni kulinari.Mungkin aku tidak dilahirkan untuk berkata-kata menerusi jari-jemari menabur garam,gula secukup rasa.Malu sebenarnya melihat jiran ku yang ke kelas membawa pisau dan minat tentang masakan.Apatah lagi,Si Oksigen yang lebih mahir dalam bidang ini.Adakah aku masih mempunyai ciri-ciri menantu idaman mak mentua? Ciri-ciri seorang ibu dan isteri? Ohh,sesak nafas aku memikirkan.Roti Garlic je yang aku tahu bikin,begitu juga dengan meggi perisa mi udang Hao Liao! Gelaklah kerana aku rasa itu memang lawak.HAHA! Tak kisah,masih ada masa lagi.Ohh,tidak! Apa akan berlaku kalau dalam masa terdekat ni ada yang ingin masuk meminang aku? Ok,itu dah luar jangkaan minda aku untuk aku memikirkannya.Nonsense! Bila nak makan Baked Potato with cheese and turkey ni? Mi Kari pun tak dapat lagi sampai sekarang.
Subscribe to:
Posts (Atom)

