Sunday, May 30, 2010
Menanti
Salam 1 Malysia.Ohh,tolong! Penat aku menunggu.Tidak sanggup.Bantulah aku wahai insan dan masyarkat.Percepatkan masa boleh atau tidak? Penyeksaan ini terlalu pedih untuk dihadapi oleh sesiapa sahaja.Setakat ni boleh tarik nafas lega.Tapi bukan sepenuhnya.Aku masih lagi sesak nafas dan oksigen makin lama makin berkurangan.Kalau lepak dengan aku,aku kerap kali menguap.Jawapan yang akan keluar dari mulut aku ialah 'Tak cukup oksigen'. Yeah,memang betul! Tentang masa depan,kebahagiaan,persahabatan.Penat dan menyakitkan minda.Apatah lagi fizikal ini.
Friday, May 28, 2010
Ketagih
Ahhh,saya mula mengidam makanan bukan buatan Malaysia ni.Nampak macam senang untuk dilakukan.Maaf,sejujurnya aku tiada ilmu masak-memasak apatah lagi diploma mahupun ijazah seni kulinari.Mungkin aku tidak dilahirkan untuk berkata-kata menerusi jari-jemari menabur garam,gula secukup rasa.Malu sebenarnya melihat jiran ku yang ke kelas membawa pisau dan minat tentang masakan.Apatah lagi,Si Oksigen yang lebih mahir dalam bidang ini.Adakah aku masih mempunyai ciri-ciri menantu idaman mak mentua? Ciri-ciri seorang ibu dan isteri? Ohh,sesak nafas aku memikirkan.Roti Garlic je yang aku tahu bikin,begitu juga dengan meggi perisa mi udang Hao Liao! Gelaklah kerana aku rasa itu memang lawak.HAHA! Tak kisah,masih ada masa lagi.Ohh,tidak! Apa akan berlaku kalau dalam masa terdekat ni ada yang ingin masuk meminang aku? Ok,itu dah luar jangkaan minda aku untuk aku memikirkannya.Nonsense! Bila nak makan Baked Potato with cheese and turkey ni? Mi Kari pun tak dapat lagi sampai sekarang.
Wednesday, May 26, 2010
Dialog
Pada suatu hari,jeng jeng jeng! Kau sambunglah sendiri.Mari mari teman ingin bercerita.Jangan sampai tayar ada dalam mulut.Ok itu melampau! Perlu ke? Dalam dunia ni ada hak asasi manusia.Dan perlu aku aplikasikan dalam hidup ni.Tettttt,aku nampak kau.Apa cerita ni? Apa lagas? Saya hilang sikit baru.Sikit! Terima seadanya je la.Tu je yang terbaik.Mari kita ukur kedalaman dan berapa lama perkenalan berputik.Aku silap mungkin.Tak kisahlah.Yang baru kenal,dan sayang lebih,itu yang diagungkan.Tidak mengapa! Sosial mobiliti kita tidak sama,wahai Si Bunga Matahari,Si Pelangi aku kagumi,Si oksigen aku hargai.
Si X ; Sudah sudahlah tu!
Si Y ; Lupakan sahaja,tiada gunanya.
Si Z ; Maaf,dia terbaik.Sebentar sahaja,kemudian tidak.Definisi yang berlainan aku fikir
Si X ; Airmata tu tak berbaloi untuk dia,hanya untuk keluarga.Percayalah!
Si Y ;Im amazed! Sedarlah!
Si Z ; On the way mahu sedar
Si X ; Kepercayaan perlu
Si Y ; Setuju! Kebenaran semuanya tahu.Sembahyang,ok? Kau tahu bukan!
Si Z ; *tersenyum lebar melihat potret berbaju kurung di dinding.Ingin buang,tidak sampai hati.Biarkan sahaja.Sayang lagi!*
Si X ; Sudah sudahlah tu!
Si Y ; Lupakan sahaja,tiada gunanya.
Si Z ; Maaf,dia terbaik.Sebentar sahaja,kemudian tidak.Definisi yang berlainan aku fikir
Si X ; Airmata tu tak berbaloi untuk dia,hanya untuk keluarga.Percayalah!
Si Y ;Im amazed! Sedarlah!
Si Z ; On the way mahu sedar
Si X ; Kepercayaan perlu
Si Y ; Setuju! Kebenaran semuanya tahu.Sembahyang,ok? Kau tahu bukan!
Si Z ; *tersenyum lebar melihat potret berbaju kurung di dinding.Ingin buang,tidak sampai hati.Biarkan sahaja.Sayang lagi!*
Kesemua
Aku jadi malas nak huraikan segala persoalan.Apa yang terjadi,biarkan terjadi.Benar dan salah,aku masih tahu bezakan.Makin banyak dugaan yang aku terima,aku bersyukur.Terima kasih kerana rezeki aku melimpah bagai.Aku dah nampak bayangan set tayar dan sebagainya.Mendengar nasihatnya,batalkan sahaja.Menimba ilmu memerlukan banyak wang ringgit.Bersabar! Ohh,lagu ni tidak hanya tertumpu pada pasangan hidup,malah merangkumi semua yang pernah ada dan ada dalam kehidupan ini
Tuesday, May 25, 2010
Sunday, May 23, 2010
Fragile
"Hold true friends with both your hands"
Maaf,kau tak pegang aku dan aku tak pegang kau.Masing-masing biarkan begini sahaja serta aku hargai kau.Maaf! Kalau jauh langkah perjalanan aku,jauh sungguhlah.Berdoalah untuk kau dan kehidupan kau.Apa yang pasti,aku tak minta banyak.Semoga kau bahagia dengan apa kau inginkan.
Thursday, May 20, 2010
Debu-debu
Kenapa debu? Senang cerita.Kalau tak sapu,nanti debu berkumpul banyak.Bila dah sapu,debu pun hilang dan tak ada.Macam tu la tentang persahabatan.Hilang dan kembali! Weyh,kau kau dan kau! Mungkin aku banyak bermulut longkang dan aku akui,tetapi ingat mulut longkang dan kurang ajar ni lah yang senantiasa mendengar keluhan tangisan kau.Jujurnya,aku sayang akan mereka.Pernah sekali dalam hayat aku tidak bertegur sapa dengan teman baik sendiri disebabkan oleh seorang mahluk yang diperbuat daripada tanah yang turun dari langit.Jangan main-main,hampir 3 tahun! Tengok sekarang,air dicincang tidak akan putus.Tuhan merahmati persahabatan kami.Rileks je kitaorang.Gossip memanjang! Kau tahu kau siapa kan? Haha.
*Kepada sesiapa yang pernah bertepuk tampar,menendang antara satu sama lain,bergelak tawa bersama-sama,aku minta maaf.Si Comel dan Kecil ni tidak tahu erti dunia jikalau korang tak ada.Maafkan dia!*
Monday, May 17, 2010
Topeng
Dah lama tak update.Rasa nak update,tapi kemalasan mempengaruhi otak.Penat berjalan merentasi jambatan Pulau Pinang.Pergi dengan 1000 harapan,berharap mendapat kehidupan baharu di sana.Sebentar,kalau rezeki ada di sana,macam mana masyarakat di Kuala Lumpur? Oksigen,pelangi,hati,kau dan kau! Oh,tidak tercapai akalku nak memikir.Tapi memikirkan tentang masa hadapan,aku rasa ak tabah dan cekal jikalau Tuhan ingin menduga aku sedemikian.Boleh ke Si Kecil dan Comel ni berhadapan dengan buku lain? Insyaallah! Doa tu yang penting.Cukuplah baling makian dan cacian dekat aku.
Tuesday, May 4, 2010
Sayonara
Kalau satu hari nanti,Sayonara yang keluar dari mulut aku ini,pasti ada yang mempertikaikan.Sedih,marah,keliru,terpinga-pinga! Semua perasan bercampur menjadi satu.Macam adunan kek cawan yang aku nak buat dari dulu,tak terbuat lagi sampai sekarang.Jawapan kenapa perlu aku tinggalkan,aku dan ALLAH sahaja yang tahu.Tekan play,mari tangisi bersama-sama!
Saturday, May 1, 2010
Ceria Seceria
Hari ceria? Berharap dan menunggu jawapannya.Tiada kejutan! Mungkin dah agak jawapannya.Yehaaa! Sementara menunggu jawapan,aku ada tabiat.Mentelaah majalan fesyen China.Jepun ke China? Aku rasa China sebab Pelangi aku boleh baca dan translate kan isi kandungan majalah tersebut.Seksi? Sangat! Bukan untuk puaskan nafsu batin,ohh tidak! Cuma mengkagumi cara masyarakat sana berfesyen.Sangat teruja! Satu majalah dalam harga yang boleh mencecah RM10.Gila bukan? Puas hati? Ya! Banyak yang boleh ditelaah.Mix dan match sahaja.Senang bercakap! Duit ada nak mix dan match? Mungkin tidak ada.Jadi,perhatikan saja gambar-gambar dalam kayra tersebut.
Penyelamat
Minggu yang sama setiap minggu! Oh,bulan 6 & 7.Sudah lama aku menanti dan menunggu kedatangan kau.Kau tahu kenapa buka? Penantian itu satu penyiksaan! Penyelamat, tolong selamatkan aku.Hari hari yang aku lalui,makin tidak berseri.Aku tahu kau tak pernah minta MC atau cuti sakit sebab itu tugas kau.Kadang-kadang aku alpa,tanggungjawab tidak aku jalankan.Maaf! Taubat? Jika kau turunkan penunjuk dan wahyu,akan aku terima.Ambil hati aku,minta tolong bersihkan! TOLONG! Universiti Malaya,aku berharap kau terima aku.Bukan memilih rezeki,cuma untuk kebaikan semua orang.Menjaga hati kau,kau,kau dan kau! Banyak sangat nak jaga,ok?
Subscribe to:
Posts (Atom)